loading...

Drama Seadanya Aku (2020) TV3

loading...

Episod 1 Episod 2 Episod 3 Episod 4 Episod 5
Episod 6 Episod 7 Episod 8 Episod 9 Episod 10
Episod 11 Episod 12 Episod 13 Episod 14 Episod 15
Episod 16 Episod 17 Episod 18 Episod 19 Episod 20

Tonton drama adaptasi novel bertajuk Seadanya Aku karya Rissa Ahdiya di slot Akasia TV3 bermula 15 Januari 2020. Diarahkan oleh Feroz Kader dan terbitan produksi Country Universal Sdn Bhd.

Para Pelakon

Zara Zya, Azlee Khairi, Elvina Mohamad, Dayana Roza, Redza Rosli, Fadlan Hazim, Sharifah Husna, Azri Iskandar, Ainina Ahmad.

Sinopsis Drama Seadanya Aku

Segalanya seakan hancur buat Aufiya. Disaat hari perkahwinan, tunangnya Taufik tidak hadir kerana tidak boleh menerima kisah silam Aufiya. Janji Taufik untuk menerima dirinya seadanya dia, hanya tinggal janji.

Namun muncul Zarul yang menawarkan diri sebagai pengganti menyelamatkan maruahnya di hari pernikahan itu. Aufiya menerima bantuan Zarul walaupun rasa bersalah kerana lelaki itu merupakan tunang kepada Wina yang juga sahabat baiknya.

Perkahwinan itu tidak mampu Aufiya khabarkan hatta kepada kawan-kawan baiknya sendiri kerana yang menjadi suaminya itu hanyalah sekadar pinjaman. Pinjaman seorang sahabat yang dikhianatinya dalam diam.

Hati Aufiya mula berdolak-dalik, antara suami dan sahabat yang dikasihi. Sikap Zarul yang melindungi dan menerima dia seadanya tanpa sebarang syarat mula membuatkan hatinya terbuai. Tapi Wina itu sahabatnya yang paling baik. Melukakan Wina umpama melukakan hati sendiri.

Aufiya bersahabat baik dengan Wina dan Zureen sejak zaman sekolah lagi dan sampai ke alam pekerjaan mereka masih bersama dan tinggal bersama. Namun tanpa disedari wujud perasaan cemburu antara mereka.

Jangan lupa ikuti kesudahan drama Seadanya Aku pada setiap hari Isnin hingga Jumaat pada pukul 7 malam di TV3.

loading...

Loading...