Loading...

Drama Lelakimu Yang Dulu (2019) TV3

Loading...

Tajuk : Lelakimu Yang Dulu
Mula Tayangan : 19 September 2019
Masa :Setiap Isnin-Jumaat, 7.00 mlm
Siaran : Slot Akasia TV3
Terbitan : Mache All Star United Sdn Bhd
Jumlah Episod: 13
Pelakon: Sharnaaz Ahmad, Nelydia Senrose, Arryyan Petra, Redza Rosli, Reen Rahim, Nadia Brian, Ungku Hariz, Azizah Mahzan, Riz Amin, Syafnida Shuhaimi, Dato Jalaluddin Hassan, Dian P.Ramlee, Omar Abdullah, Rosnah Johari, Hamidah Wahab
LAGU TEMA / OST 
Tajuk : Takdir Tercipta
Penyanyi : Hafiz Suip feat Adira Suhaimi
SINOPSIS LELAKIMU YANG DULU
Mengisahkan tentang konflik perkahwinan antara Hazrul dan Daliya apabila mereka terpisah selepas Hazrul ditangkap di atas cubaan merogol. Selepas Hazrul ditangkap, Daliya bertemu Hazrul dan ingin mendapatkan penjelasan terus dari suaminya itu. Namun, Hazrul masih mendiamkan diri.
Daliya cuba menuntut cerai tetapi Hazrul enggan berbuat demikian. Daliya mengambil keputusan untuk membawa diri. Beberapa bulan kemudian, Daliya masih buntu memikirkan masa depannya lebih-lebih lagi dia disahkan mengandung. Namun, kandungannya itu dirahsiakan daripada Hazrul. Daliya ditemukan dengan Nazli, Zana, dan Ibu Maryam apabila Daliya pengsan selepas hampir dilanggar oleh kereta milik Nazli.
Kehidupan Daliya berubah selepas tinggal di rumah Ibu Maryam sekeluarga. Dia bekerja sebagai tukang jahit di kilang langsir Ibu Maryam. Kehadiran Daliya disenangi, lebih-lebih lagi oleh Nazli apabila dia mula ada hati dengan Daliya. Berlainan pula dengan Zana, dia tidak suka pada Daliya dan cemburu dengan layanan baik keluarganya terhadap Daliya.
Selepas dua tahun, Hazrul dan Daliya ditemukan semula. Anak yang dirahsiakan itu akhirnya diketahui oleh Hazrul. Hazrul berusaha untuk memiliki anak mereka, Isyraf untuk membalas dendam pada Daliya. Bagi Hazrul, Daliya adalah isteri yang tidak setia. Daliya meninggalkannya sewaktu dia kehilangan segalanya. Adakah rasa dendam akan terus mengatasi rasa cinta Hazrul buat Daliya? Dapatkah Daliya menerima Hazrul kembali?
Episod 1 Episod 2 Episod 3 Episod 4 Episod 5 Episod 6 Episod 7
Episod 8 Episod 9 Episod 10 Episod 11 Episod 12 Episod 13 Episod 14
Episod 15 Episod 16 Episod 17 Episod 18 Episod 19 Episod 20 Episod 21
Episod 22 Episod 23 Episod 24 Episod 25 Episod 26 Episod 27 Episod 28
Loading...

Loading...